Saturday, August 31, 2013

✿ Puding Karamel ✿

Salam. Even dah lambat tapi still dalam bulan syawal yang mulia ni, so Happy Eid Mubarak everyone! Maaf zahir batin andai entry-entry aku yang before and jugak after ni ada buat siapa-siapa kecik hati ye.

Anyway, entry kali ni aku nak share resipi puding karamel yang baru je aku try hari tu. This is my first time at making puding karamel! Alhamdulillah jadi! and and and mama cakap sedap. Yeaaaaay.

So ni bahan-bahannye :


Cara-cara :

A. Karamel

1. korang panaskan gula dengan api yang sederhana sehingga cair keperangan. Sentiasa kacau tau sebab ditakuti gula korang akan hangus.

2. bila dah cair keperangan, korang masukkan air. Hati-hati tau sebab panas! Ini serius!

3. bila dah sebati and nampak cantik macam emma maembong tu, korang masukkan dalam loyang and biarkan.

B. puding

1. korang pukul telur sampai putih.

2. masukkan essen vanilla and pukul lagi.

3. then, korang masukkan susu pekat and susu cair. pukul lagi sampai sebati.

4. dah sebati, korang tapis supaya dah masak nanti nampak smooth je macam kulit emma maembong tu.

5. pastu korang tuang dalam loyang karamel tadi.

6. kukus dalam 40 minit- 1 jam.

ni la hasilnye. taraaaaaaa


Selamat mencuba! Kbaii

Monday, July 1, 2013

✿ Power Bank ✿

Salam. Korang pena dengar tak cerita tentang power bank? Siapa yang guna smartphone kompem mesti tau lah sebab satu problem bila korang guna smartphone ni ialah baterinya yang tak tahan lama kan. Nyampah aku! So bagi mengatasi problem ni, manusia yang bijak pandai ni pun telah mencipta satu alat namanya power bank bagi membolehkan kita-kita ni charge phone dimana-mana je tanpa perlu gunakan elektrik. Wahhhhhh. Kagum kan!

So hari ni aku share sikit info tentang power bank and gambar power bank yang aku baru beli. Cehhh nak jugak kannn. Haha.

Ok. Power bank ni ialah aku dah bagi tau kat atas tu. So malas nak taip lagi dah. Hehehe. Mostly power bank menggunakan bateri cylindrical/prismatic Li-Ion tapi tadi time aku survey dekat pc fair MITC Melaka tu ada jugak yang guna bateri Li-Polymer just harga lebih mahal sikit jela. Main problem bateri Li-Ion and Li-Polymer ini ialah akan menjadi sangat panas if dicharge terlalu lama. Terdapat satu cip IC untuk menghalang ‘overcharge’ dekat papan litar untuk cut charge bila bateri tu dah full. Tapi if IC tu rosak and korang charge pulak terlalu lama, bateri maybe terbakar dan boleh meletup 'booommm!'. Haaa terkejut kan kan kan. Then, satu lagi kekurangan bateri Li-Ion ialah jangka hayatnya akan berkurangan dengan banyak if beroperasi pada suhu 45°C ke atas. Huhhh. Bateri Li-Polymer pula lebih tahan panas and mampu beroperasi pada suhu sehingga 85°C tanpa sebarang masalah. So, ni antara point penting tentang power bank. If korang nak tau lebih banyak lagi, korang kelik sini Admin Comel! sebab aku dapat info yang sangat bagus ni pun dari sini.

Bawah ni gambar power bank yang aku beli tadi. Lepas pusing-pusing dari kedai ke kedai and dengar hujah-hujah penjual tentang power bank diorang, lastly aku pilih yang warna hitam tu sebab penjual dia comel ehh bukan bukan. Urmm urmm sebab cara penjual dia explain sangat bagus. Then, ada LCD untuk menyenangkan aku monitor plus power bank ni menggunakan bateri Li-Polymer. Harga rm130, capacity 12000mA and sangat sesuai untuk phone aku. Warranty 1 year. Free gift another power bank 12000mA yang warna pink tu tapi tak ada LCD. Berbaloi kann.



If ada antara korang yang nak beli, aku nasihatkan korang pilih betul-betul dengan kesesuaian phone korang and please please do check carefully sebab ada je tadi power bank yang memang serupa gila ngan yang original tapi actually fake. puiiiiii. Contoh lah dia tulis capacity 12000mA tapi dalam tak sampai pun cenggitu. Dapat penjual yang jujur tak apa tapi if dapat yang nak kaut untung, tokey balak pun bankrup wehhh! So hati-hati ye! Kbaii

Thursday, June 27, 2013

✿ Water Birth ✿

Salam. Tadi time aku belek-belek fesbuk, tetiba aku tertarik nak tengok satu video ni.  Video ni tentang hubby and wifey yang pilih kaedah water birth untuk lahirkan baby diorang. Seriously awesome! So entry kali ni aku nak share beberapa info tentang water birth ni yang aku dapat dari internet.

Water birth atau dikenali as kelahiran dalam air ni agak kurang popular sebab ramai yang rasa cara bersalin dalam air ni bole buat baby lemas. Korang kenal Dr Halina Mohd Yunos iaitu wifey kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tu? Haaa Dr Halina ni antara salah seorang ibu yang try water birth ni untuk delivered first baby diorang yang seberat 3.6 kilogram dan dinamakan as Sophea Isabella. Dr Halina mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk delivered baby dia yang comel tu dekat Hospital Pantai Bangsar. Dr Halina pilih water birth ni sebab kurang sakit selain lebih semula jadi.

Ok now sejarah tentang water birth ni pulak.  Start pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan water birth. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer telah try kaedah water birth ni untuk membiasakan baby yang before ni berada dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan baby yang dilahirkan dalam air. Pada penghujung tahun 1990, di Pusat Bersalin Odent, Pithivier, ribuan future ibu-ibu telah memilih untuk try kaedah water birth ni dan sejak itu, kaedah water birth ni di start digemari.

Next, kita cerita tentang prosedur persalinan water birth pulak. Ia dilakukan dalam sebuah kolam plastik berisi air hangat yang telah disterilkan terlebih dahulu. Suhu air disesuaikan mendekati suhu perut ibu dalam 37°c agar baby tak terkejut time keluar nanti. Proses persalinan water birth memerlukan waktu lebih kurang 1-2 jam, jauh lebih cepat dibandingkan proses normal birth kan. Dalam proses water birth ni, ibu akan lebih fleksibel dalam bergerak dan saat berkontraksi. Dengan posisi yang selesa dan nyaman, proses persalinan akan lebih mudah dilakukan. Then, condition ibu pulak mestilah sihat, tak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika nak deliver tu. Plus, hubby pun bole join sama dekat dalam kolam untuk memberi sokongan kepada wifey diorang. Best kan kan kan. Alaaa suka lahhh!

Kebanyakkan orang bila cerita je tentang water birth ni, mesti fikir baby akan lemas dalam air selepas dilahirkan. Tanggapan tersebut salah ye kawan-kawan sebab baby yang baru dilahirkan tak akan bernafas untuk beberapa saat. Time tu baby pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor. Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut sebab darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Ni antara kelebihan water birth :

For ibu :
♡ Mengurangi rasa sakit
♡ Memberikan kenyamanan dan lebih rileks
♡ Lebih bebas bergerak
♡ Mengurangi robekan pada jalan lahir

For baby :
♡ Mengurangi risiko trauma dan cedera pada kepala bayi
♡ Kulit bayi lebih bersih
♡ Mengurangi risiko bayi keracunan air kutuban

Extra info :

Tidak ada peningkatan kepada risiko jangkitan, malahan baby yang dilahirkan by water birth ni dapat lebih perlindungan terhadap “aspiration pneumonia”. Baby yang dilahirkan tak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Jadi ada kes di mana apabila baby dilahirkan, dia terus menyedut udara dengan kuat menyebabkan sisa-sisa amniotic fluid dan kotoran lain yang  disedut oleh baby menyebabkan terjadinya aspiration pneumonia. But water birth ni, membolehkan bidan membersihkan muka baby terlebih dahulu before mengangkatnya keluar, sekaligus mengurangkan risiko aspiration pneumonia. So tak timbul persoalan “baby lemas di dalam air”. Plus, ibu yang first time deliver baby diorang dalam air memerlukan masa yang lebih singkat. Maybe air tu menenangkan fikiran yang cemas, atau mungkin menyegarkan badan yang penat, tak tau lah just yang pastinya proses water birth lebih singkat and kurangnya keperluan pada episiotomy. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch. Majoriti ibu yang pilih water birth ni tak perlukan painkiller. Hanya 5% je yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural.

Menurut artikel dari Utusan, antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan water birth ni adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini. Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar iaitu Dr. Choong Kuo Hsiang berkata di Malaysia, kaedah ini tak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini.”

Macam best kannnn. Seriously, if tiba masa aku nak jadi ibu nanti, perasaan nak try water birth ni memang ada. Weehuuuuu. So, ni lah gambar and info yang aku dapat dari internet tentang water birth. Bukan main panjang lagi kan. Kbaii

Tuesday, June 25, 2013

✿ Steamboat oh Steamboat ✿

Salam. Entry kali ni aku nak share tentang tempat makan berstailkan steamboat. Bukan steamboat yang peymes-peymes macam Seoul Garden tu ye. Just yang biasa tapi sedap, menu pelbagai and and and yang paling penting murah! Kepada fans steamboat, korang boleh lah try nanti ye. Steamboat yang aku pegi ni nama dia Steamboat Antarabangsa.

Steamboat Antarabangsa ni ada 2 cawangan. 1 dekat Bandar Baru Bangi and 1 dekat Klang. Aku pegi yang dekat Klang (Harbour Place Mall). Pilihan menu sangat banyak and korang memang akan puas hati sebab berbaloi ngan harga dia iaitu rm27.00 untuk dewasa and rm14.00 untuk kanak-kanak. Haaa murah kan kan! Dalam banyak-banyak menu dia, aku paling suka ice cream dia. Sedappp wehhh!

Haaa 1 lagi steamboat aku nak share ni time aku pegi Tanjong Malim hari tu. Nama tempat dia Steamboat Kalumpang. Menu pelbagai jugak and harga pun sangat-sangat berbaloi iaitu rm20.00 seorang. Haaa lagi murahkan! Seriously, tak rugi korang try. Sedappp and sangat mengenyangkan!

For more info tentang Steamboat Antarabangsa kelik link ni, Admin Comel! Jangan lupa try tau! kbaii

Sunday, June 23, 2013

✿ Salam Nisfu Syaaban ✿

Salam Nisfu Syaaban everyone! Lama sungguh tidak update blog ini. So entry hari ni, mehhh aku nak share tentang nisfu syaaban.

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi  tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a :

Rasulullah  telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda  berkata dalam sujudnya, :

"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. :

"Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki."

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi  bersabda :

"Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hambaNya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepadaNya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal. Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendakiNya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu datang dari diri ini sendiri. Sharing is caring! Kbaii

Tuesday, March 26, 2013

✿ Important Dates for UPU 2013/2014 Application ✿

Salam. Setelah berakhirnya debaran menunggu result SPM 2012, now time for debaran menunggu result UPU 2013/2014 pulak lah kan. So entry kali ni aku nak share tarikh-tarikh penting UPU 2013/2014 start bulan April till September.

For those yang apply kos berinterview, ini sangat-sangat lah penting! Supaya korang tidak terlepas tarikh interview. So, please take note ye! Pasang alarm dekat phone korang tu lagi bagus. For more info, kelik dekat sini Admin Comel!. Good luck everyone! Kbaiii.





Saturday, March 23, 2013

✿ Flexible Silicon Keyboard :] ✿

Salam. Korang ingat tak aku pena bagi tahu yang keyboard lappy aku dah rosak kan kan kan? So entry kali ni aku nak share tentang keyboard yang baru je aku beli. Punya lah lama dah rosak, ni baru nak beli keyboard baru. Bagus kan?! Puiii. Haha. Ok for those yang ada problem macam aku ni boleh lah try keyboard ni. Seriously awesome!

Mula-mula dulu rasa macam nak repair je keyboard lappy aku tu tapi bila aku tanya beberapa orang kawan aku yang memang expert bab menda ni and yang pena kena menda ni jugak, diorang cakap TAK PAYAH sebab mahal and nanti rosaknya akan merebak ke pin-pin yang lain. Then diorang syorkan beli keyboard baru. So dekat bawah ni aku share gambar keyboard baru aku ni. Dalam banyak-banyak keyboard, aku pilih keyboard ni sebab flexible silicon, mudah dibawa ke mana-mana, murah (seriously!), ada macam-macam warna and selesa untuk menaip. Hope entry ni dapat membantu korang and selamat mencuba ye!

Pastu ni aku nak wish 'CONGRATS!' dekat budak-budak SPM 2012 yang baru je dapat result 21hb hari tu. Bagus or tak result korang tu, kita tetap orang Malaysia. Kbaiii.


Thursday, February 21, 2013

✿ Harimau to Garuda ✿

Salam. Lama jugak tak update blog ni sampai berspider web sudah. Haha. Ok itu tipu. Actually aku malas nak on lappy sebab key board aku kan ade prob tapi tadi golek-golek atas katil ni sambil search application baru dekat android market tetibe jumpa pulak blog application. Apa lagi..laju lah jari aku mengdonlod kan. Hoho. Lepas ni senang lah aku update by fon je. 'Thanks incik android!'

Anyway, entry kali ni aku nak share beberapa gambar holiday ke another daerah lain pulak di Indonesia. Aku pegi by group. Majoriti macik pacik lah tapi besh jugak pegi ngan diorang ni sebab memasing ada je cerita nak share. Kitorang pegi under Utas Travel selama 5 hari. Started 9hb-13hb Feb aritu. So bawah ni memories yang aku nak share dari Jakarta and Bandung. Weeeee. Kbaii.













Monday, January 7, 2013

✿ UPU 2013 Registration ✿



Salam. For those yang nak further study ke IPTA or Politeknik kan, UPU 2013 registration will be open on 7th January 2013 (ohh hari ni la!) till 15th April 2013. So, cepat-cepat pegi BSN beli nombor ID ye.

Caranya :

1. Isi form : Nama, IC, Harga nombor ID ikut kategori korang :
  • Lepasan SPM/setaraf : RM10.60
  • Lepasan STPM/setaraf : RM 15.60
2. Bayar and dah boleh balik rumah.

Haa dekat rumah tu jangan tido pulak. Continue registration dekat web site UPU ye. For more info, kelik sini ye Admin Comel! kbaii.

Thursday, January 3, 2013

✿ KALENDAR MALAYSIA 2013 ✿

Salam. Happy New Year everyone! Tambah lagi umur kita semua ‘sighhh’. Hope 2013 ni everything will berpuluh-puluh ratus billion much more better dari last-last year and saving aku dari bape sen tu jadi berjuta billion! Amin. Ok entry kali ni if aku tak bagi tahu pun korang mesti dah tahu aku nak share ape kan kan kan. As human being yang semakin cantik, hensem dan meningkat dewasa ni, kalendar sangat lah penting untuk plannig future, uruskan jadual hubby and anak-anak, holiday and etc. So nah kalendar 2013 yang aku songlap dari sini, Admin Comel!. haa jangan malu-malu nak kelik ye.

 

 If nak tahu public holiday 2013 Malaysia yang colorful dekat kalendar atas ni, kelik sini Admin Comel!

Dulu bila beli barang ngah time new year ni mesti dapat kalendar tapi sekarang susah gila nak dapat free. Haaa korang yang nak kalendar kuda 2013 pulak, bole donlod dekat sini, Admin Comel! Tadi aku rasa macam nak upload je dekat blog aku ni tapi tetiba rasa malas lak. Hehe. Aku lebih prefer kalendar kuda. Senang sebab semua info dah ada. So, happy planning everyone! kbai.