Thursday, December 27, 2012

✿ Bila Keyboard Lappy Dah Start Mengade! ✿

Salam. Arrrgghhh..nak mengadu! Keyboard aku buat hal! Tetiba hurup B, N, ngan SPACEBAR ni tanak function pulak! Dah kena guna on-screen keyboard! Leceh gila! So entry kali ni aku nak share dekat sape-sape yang malas nak pegi betolkan dekat kedai macam aku, cara nak dapatkan ‘on-screen keyboard’ ni.

1.      Start

2.     Control Panel

3.     Ease of Access

4.     Ease of Access Center

     5.     Start On-Screen Keyboard.
 
 
Duhai hati-hati yang kena menatang ni, bersabar lah! Haa pastu nak share gambar aku ngan mama yang baru je balik holiday! yeaaay.
Bombay Textile, Indonesia.
Kbaii.

Friday, December 21, 2012

✿ Me Love Sushi ✿

Salam. Entry kali ni, aku nak share tentang sushi sebab aku memang peminat tegar sushi tapi tidak pada wasabi. First of all, meh lah aku cerita sikit tetang sushi. Sushi ialah makanan yang berasal dari japan consisting nasi ala-ala macam pulut tu yang dinamakan ‘shari' combined ngan bahan lain macam seafood yang dinamakan ‘neta’. Sushi ni ade banyak jenis ye macam nigiri, gunkan, temaki and banyak lagi lah. If korang nak tahu lebih lanjut try tanya incik google ye. Ni contoh gunkan...

  My 1st favorita! Chukida Iidako..yummyyy

 My 2nd favorita! Chuka Kurage..yummyyy

Aku biasa makan mende ni dekat Sushi King tapi if dah ngidam tahap guling-guling and budget aku macam nak beli eskrem Malaysia pun tak cukup, aku beli dekat Jusco or Tesco je. Alaa sebenarnya aku nak promote Sushi King Card ni haa. Benefit good-good kot. Caranya : Korang isi form, bayar RM20 then korang akan dapat sekeping card macam dekat bawah ni ngan voucer RM20. Then, bila korang dah jadi member diorang ni, automatically akan dapat 10% discount untuk setiap kali korang makan. Haa best kan kan kan. Kelllassss kau Mariaa!

 Sushi King Card

 Lupa pulak nak snap sebelum makan. Maapppp!

For more info, kelik sini ye Admin Comel! Kbaii.

Thursday, December 13, 2012

✿ Jom Holiday! ✿

Salam. Korang selalu pegi holiday? Aku ni memang suka gila pegi holiday. Dari kecik sampai la sekarang. So entry kali ni aku nak share la ape preparation yang biasa aku buat before pegi holiday..

Dalam Malaysia
  • RESEARCH tempat yang korang nak pegi tu.
  •  
  • Bawak barang yang PERLU SAHAJA especially IC dan DUIT lebih! 
  • If naik kenderaan sendiri, make sure kenderaan korang tu dah servis, minyak full tank, nilai dalam kad ‘touch and go’ korang mencukupi dan  GPS or map sebab takut nanti korang tersesat ye.
  • If korang stay dekat hotel or mana-mana jela, aku syorkan korang BOOKING awal-awal sebab takut full.

Luar Malaysia
  • RESEARCH tempat yang korang nak pegi tu terutamanya if korang nak travel sendiri tanpa gune khidmat travel agent macam cuaca, transport, tempat makan yang halal bagi yang Islam dan lain-lain.
  •  
  • Buat PASSPORT dulu. If nak tahu camne nak buat, kelik sini Admin Comel! If dah buat, make sure expired date passport korang JANGAN KURANG 6 BULAN. If kurang nanti banyak pulak problems.
  • BOOKING flight ticket awal-awal..
  •  
  • Bawak barang yang PERLU SAHAJA especially PASSPORT, DUIT lebih and FLIGHT TICKET.
  •  
  • TUKAR duit Malaysia ke duit negara yang korang nak pegi tu awal-awal ye sebab dekat sana korang tak tahu lagi dekat mana port money changer kan. 
  • If korang nak bawak handfon, make sure ACTIVEKAN ROAMING or beli je sim card dekat sana. For more info, pegi tanya dekat center nombor yang korang nak gune tu.
  •  
  • Sediakan INTERNATIONAL PLUG macam gambar dekat bawah ni sebab plug overseas tak sama dengan plug Malaysia ni. Korang bole carik dekat giant, tesco, econsave or mana-mana kedai yang jual plug. Harga paling mahal yang aku pernah nampak RM35 sebab dia sekali ade 2 USB port.
Gambar ini disonglap dari google.
  • Bawak cikit UBAT asas macam pcm, ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk sebab takut badan korang tak sesuai ngan ubat dekat sana. Lain tempat lain ubatnya kannn.

Ok tips. If korang tak biasa dekat tempat tu, sila gunakan khidmat travel agent sebab semua diorang akan uruskan tapi budget korang kena lebihkan sikit lah. If korang guna smart fon, donlod application yang bole senangkan korang nak holiday tu nanti macam gps, waktu solat dan arah kiblat. Hope entry aku ni dapat membantu korang and hepi holiday uols! Kbaii.

Wednesday, December 12, 2012

✿ Asam Pedas Johor ✿

Salam. Korang pernah rase asam pedas tak? Biasenye asam pedas ni peymes kat negeri Melaka. Pedas dia memang kaw kaw lah wehh. Tapi entry kali ni aku nak share lah cara-cara nak masak asam pedas ala-ala negeri Johor, tempat aku dibesarkan ni.

Ni bahan-bahan yang diperlukan ye.

Cara-cara nak masak :
1.      Blend bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia. Sape suke pedas, tambah lagi lah cili kering tu ye.

2.     Tumis kesemua bahan yang diblend tadi dalam periuk sampai naik bau.

3.     Masukkan air asam dan daun kesum ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.

4.     Masukkan ayam atau ikan ke dalam periuk dan tunggu lagi sehingga medidih. Untuk korang yang pencinta ikan, pelbagai jenis ikan yang korang bole guna. Contoh yang peymes : ikan sembilang, ikan pari, ikan duri dan ikan mayong.

5.     Lastly, masukkan bendi, garam, gula or secubit rasa dan tunggu dan tunggu lagi sehingga mendidih. Siap! Ok jap. Selain bendi, korang bole gune sayur lain gak macam tomato dan terung.

 
Incik google bagi gambar ni.

Setiap orang lain cara masaknye and ni cara mama aku masak. Mama biasenye if masak mende ni, dia akan gune ayam sebab aku bukan pencinta ikan especially ikan pari. Aku anti ngan ikan ni. Ok full stop!
Ni aku nak share tips pulak. Untuk korang yang freshie cam aku ni, if korang masak gune ikan, lepas basuh ikan tu bersih-bersih, rendam dulu dalam air asam or limau biar hilang bau hanyir.

So, sape yang nak try masak tu selamat memasak lah ye. Kbaii.

Tuesday, December 11, 2012

✿ Passport ✿

Salam. Pehhhh lama gila tak update blog ni. Last entry april 2012 kot. So entry kali ni aku nak share cerita tentang  PASSPORT. As we know, passport sangat la penting bukan saje untuk ke Lombok malah ke semua negara lain. So, meh aku share procedure nak buat mende ni...

 
  • Korang kena tahu pejabat imigresen yang korang nak pergi. Aku buat kat Pejabat Imigresen Muar. Pegawai diorang mesra plus hensem! Mesti dapat diskaun la if renew nanti. lalala..
  • Make sure korang bawak dokumen yang diperlukan :
     A.    2 KEPING gambar berukuran passport yang belakang biru tu.
     B.     KAD PENGENALAN.
     C.     DUIT – RM100 untuk 1 TAHUN. RM300 untuk 5 TAHUN.
  • Sampai kat pejabat imigresen tu, korang serahkan dokumen and nanti diorang bagi nombor.
  • Nanti bila nombor korang dipanggil, diorang akan tanye nak buat passport bape tahun then cek tinggi. Haa jap nak bagi tahu ni. Ehemm..tinggi aku tak berubah dari sekolah dulu. Haihhh.
  • Pastu duduk jap tunggu diorang panggil lagi untuk buat pembayaran.
  • Pastu tunggu dan tunggu lagi sampai passport korang siap. Nanti diorang panggil and bagi passport korang tu. ok dah bole balik!
Ni gambar passport meoww dari google ye anak-anak.
Mesti korang nak tahu kan lama ke dak mende ni. Actually 1 JAM je BUT if ramai, amek berjam-jam gak la. For more info, kelik ni Admin Comel!
Ok nak sambung tengok Istanbul Aku Datang. XOXO. Cehh cam Lisa Surihani aka Dian kan kan kan. Kbaiii.

Thursday, April 26, 2012

✿ Hadoii Malunya! ✿


Salam. Korang pernah tak kena gelak sebab TERbuat something yang memalukan? Haha. Meh aku share pengalaman aku yang tak seberapa ni. Haha. Mula-mula aku nak cerita tentang 'kerusi dan aku'. Dulu masa kecik-kecik, sementara tunggu mak bapak korang datang amek dekat sekolah, korang buat apa? Main or buat homework kan? Yela bak kata pepatah, masa itu emas. So, satu hari ni aku ngan kawan-kawan aku excercise  main kejar-kejar dekat kantin. Bila si pengejar cop kau, kau kena la stop if tak nanti kena jadi pengejar lak. So, aku pun stop duduk kat kerusi. Tetiba datin mama sampai nak bawak aku balik. Aku pun bangun and then..'PEKKK'. Aku lupa yang aku sangkut kaki dekat kayu bawah kerusi (-_-'') ..


Then, ni time sekolah menengah pulak. Sekolah aku guna kerusi plastik and tabiat aku memang suka jongket kerusi. Yela rumah aku tak ada jongkang-jongket. Kejadian berlaku time prep petang. Tengah syok jongket-jongket kerusi ni, tetiba..'PRAK'..tu maknanya patah ye kawan-kawan. Ok malu! Semenjak peristiwa manis tu, aku dah tak jongket kerusi.

 ilustrasi macam gambar di atas

Macam-macam lagi lah pengalaman aku. Tapi last aku nak cerita time makan dekat kfc. Berlaku time order..

"Selamat datang. Makan sini ke bungkus?"

"Makan sini. Kak, nak set snack plate satu"

"Air nak pepsi ke yang lain?"

"Emm mountain bike la kak"

".................."

Tetiba kawan aku cuit..

"Erma, mountain dew la bukan mountain bike"

"....(-_-'')...."

Dekat otak nak sebut mountain dew tapi mulut tersasul pulak. Haihh. K baii..

Saturday, April 21, 2012

✿ Zaman Praktikal ✿

Salam. For IPTs students, bila dah tahun akhir mesti kena praktikal kan. Aku memang suka lah praktikal ni sebab TAK PAYAH study ♥ . Haha. Tapi yang TAK BEST bila habis praktikal, korang kena buat ASSIGNMENT, REPORT and PRESENTATION. Hadoiii. So, entry kali ni aku nak share time aku jadi budak praktikal. Aku amek kos farmasi. So, kos aku ni kena pegi lima tiga kali praktikal : industrial training, sepital and retail in pharmacy..


For industrial training, aku dapat CCM Bangi. Aku praktikal dalam tiga bulan dekat Production Department. If dah dekat Production Department, kompem lah belajar buat ubat kan. Yang bestnya, department ni majoriti pekerja lelaki ♥
Serba salah aku nak pilih yang mana satu. Haha. Tapi aku ade gak sebuk-sebuk pegi dekat Quality Control (QC) Department. Haha. After that, aku pegi praktikal dekat Sepital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) or known as sepital temerloh. Dalam lima bulan lah aku dekat sana. Semua department aku pegi. Bila dah lima bulan kat sini, mana tak pro boringnya aku dengan ubat kan. Cehh..


Next, the last part, retail in pharmacy. First, aku retail dua minggu dekat Farmasi Kresscare and second, dua bulan setengah dekat Farmasi Tanjung. Terpaling begitu best lah praktikal dekat sini. Owner and staff memang absolutely fabulous lah. 


Macam-macam ragam customers aku jumpa dekat sini. Ada satu hari tu..

" Dik, ubat batuk hari kiamat ada?"

"Errrkk..tak pernah dengar pun bang. Bentuk dia macam mana? Warna?"

"Abang lupa lah tapi dia ada..emmm haa campur madu"

"Ubat batuk cap GAMAT PLUS MADU yang ni ke bang?"

"Haaa yang ni lah"

KIAMAT = GAMAT. Kbaii. (-_-'')

Friday, April 20, 2012

✿ Cokelat Cupcakes ✿

Salam. Entry kali ni aku nak share cara-cara nak buat steamed chocolate cupcakes or cokelat kek cawan kukus. Macam tak kena je. Jap, urmm kek cokelat cawan kukus? kek cawan cokelat kukus? Ape-ape jela. Aku dah try buat empat kali and mama aku cakap SEDAP ♥ . Haha. Mama aku yang cakap bukan aku. Aku dapat resipi ni dari mak ngah aku. Thanks! ♥ .


Ni bahan-bahan nak buat cupcake ye.

Cara-cara nak buat ye kawan-kawan :

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer. Gaul sehingga menjadi warna putih.
2. Masukkan bahan-bahan lain KECUALI air panas ke dalam mixer dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan air panas yang MENGGELEGAK ke dalam mixer dan gaul sekali lagi sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan TAPI jangan full ye sebab nanti time kukus adunan akan naik.
5. Kukus selama 15-20 minit.
Ok tips. Mama cakap, if nak tahu dah masak or belum. Amek lidi then cucuk dekat tengah-tengah kek. If adunan melekat dekat lidi maknanya belum masak lagi ye.

Then, korang boleh guna flavour lain jugak macam keladi ke pandan ke. Ikut cita rasa ye. Urmm tetiba kan aku rasa kan nanti time tunang and kahwin, aku nak buat cupcake ni as hantaran lah. Macam good good je kan. Haha kbaii ♥.


Aku tak sempat amek gambar. Ni gambar hiasan semata-mata dari google.

Thursday, April 19, 2012

✿ Zaman Budak-Budak ✿

Salam. Tadi aku search vidoe best dekat You Tube. Then, aku jumpa this video 'MY GENERASI' by malaysian. It's pretty awesome! Buat aku rindu gila zaman budak-budak. Semua tentang zaman budak-budak aku ade dalam video ni. Thumbs up!



Selain dalam video ni, aku ade gak main baling selipar. Tiga selipar susun jadi piramid. Then bahagi dua group. Satu group kena baling selipar untuk runtuhkan piramid tu and later bina semula, satu group lagi kena baling selipar dekat group lawan after piramid runtuh and time diorang nak bina semula piramid tuh. If kena ngan orang yang expert, memang tak terbina lah piramid kau. Haha. 


Next, main teng-teng. Lukis bentuk kotak-kotak, balik batu then lompat-lompat guna satu kaki je. Dekat part paling atas kotak-kotak tu ada space untuk SIANG and MALAM. If terbaling batu dekat part malam, nanti kena tutup mata time ambil batu. Haha. Awesome kan!


Then, anak patung kertas. Aku suka gila main benda ni ♥ . Dulu after balik sekolah agama, aku suka singgah dekat satu stall auntie cina ni sebab nak beli benda ni. Bila bawak balik rumah mesti kakak aku sebuk-sebuk nak main sama. Ape pun tak bole. Tapi kakak aku kretip. Kadang-kadang dia buatkan sendiri untuk aku. Haha.


Selain mainan-mainan dekat atas ni, aku nak share jugak barang and makanan aku suke time budak-budak. Cehhh.. Time darjah tiga, sekolah aku memang peymes pencil box dari kotak video tape. Tahu? If kretip, korang tampal lah stickers dekat pencil box tu. Then, pernah guna gam yang ade sudu? Susah nak dapat sekarang tapi aku pernah jumpa lah dekat kedai. Bab makanan pulak, aku nak share gula-gula kapas bentuk ice cream yang dalam ade cincin ngan gula-gula lidi yang dekat atas ade cincin jugak. Aku suka mende ni sebab dapat cincin. Bila pakai cincin tu nanti kawan-kawan mesti jeles puji-puji..


*Dulu time aku kecik-kecik, aku ade gam sudu je tapi budak sekarang ade handphone lah, ipad, laptop lagi, and FACEBOOK. Ok baii

✿ Komik oh Komik ✿

Salam. First entry ni aku nak share tentang collection aku masa kecik vs masa dah besar ni. Ok, time aku kecik-kecik dulu aku suka gila kumpul cawan-cawan kecik ♥ . Aku rasa macam comel gila lah bila susun dalam almari kaca mama aku tu.


Tapi perasaan tu tak kekal meyh. Then bila sekolah menengah, aku start suka kumpul komik sampai lah sekarang. Aku suka komik dari..ok kelik sini, Admin Comel! sebab boleh tebus hadiah ♥. Weeeee. Tahu macam mana nak tebus hadiah? Meh aku share..


Abaikan novel Harry Potter tu ye kawan-kawan.


Atas ni latest komik yang aku beli. Cehhh nak bagi tahu jugak. Haha.


If nak tahu hadiah apa diorang bagi, korang kena lah beli majalah Utopia or Gempak. Hadiah biasa bertukar dari masa ke masa. Korang nampak kupon dekat atas ni? Biasanya ade dekat last page or dekat belakang cover komik. So, kawan-kawan gunting ye. Kumpul berapa banyak yang diperlukan untuk tebus hadiah yang korang nak tu. Haa ni hadiah yang aku dapat. Awesome ♥ !



*Aku paling suka bila kartun buat muka macam ni ♥.. ok baii



✿ Me Back! ✿

Salam.



Yes, I'm back! weeeee...