Thursday, December 27, 2012

✿ Bila Keyboard Lappy Dah Start Mengade! ✿

Salam. Arrrgghhh..nak mengadu! Keyboard aku buat hal! Tetiba hurup B, N, ngan SPACEBAR ni tanak function pulak! Dah kena guna on-screen keyboard! Leceh gila! So entry kali ni aku nak share dekat sape-sape yang malas nak pegi betolkan dekat kedai macam aku, cara nak dapatkan ‘on-screen keyboard’ ni.

1.      Start

2.     Control Panel

3.     Ease of Access

4.     Ease of Access Center

     5.     Start On-Screen Keyboard.
 
 
Duhai hati-hati yang kena menatang ni, bersabar lah! Haa pastu nak share gambar aku ngan mama yang baru je balik holiday! yeaaay.
Bombay Textile, Indonesia.
Kbaii.

Friday, December 21, 2012

✿ Me Love Sushi ✿

Salam. Entry kali ni, aku nak share tentang sushi sebab aku memang peminat tegar sushi tapi tidak pada wasabi. First of all, meh lah aku cerita sikit tetang sushi. Sushi ialah makanan yang berasal dari japan consisting nasi ala-ala macam pulut tu yang dinamakan ‘shari' combined ngan bahan lain macam seafood yang dinamakan ‘neta’. Sushi ni ade banyak jenis ye macam nigiri, gunkan, temaki and banyak lagi lah. If korang nak tahu lebih lanjut try tanya incik google ye. Ni contoh gunkan...

  My 1st favorita! Chukida Iidako..yummyyy

 My 2nd favorita! Chuka Kurage..yummyyy

Aku biasa makan mende ni dekat Sushi King tapi if dah ngidam tahap guling-guling and budget aku macam nak beli eskrem Malaysia pun tak cukup, aku beli dekat Jusco or Tesco je. Alaa sebenarnya aku nak promote Sushi King Card ni haa. Benefit good-good kot. Caranya : Korang isi form, bayar RM20 then korang akan dapat sekeping card macam dekat bawah ni ngan voucer RM20. Then, bila korang dah jadi member diorang ni, automatically akan dapat 10% discount untuk setiap kali korang makan. Haa best kan kan kan. Kelllassss kau Mariaa!

 Sushi King Card

 Lupa pulak nak snap sebelum makan. Maapppp!

For more info, kelik sini ye Admin Comel! Kbaii.

Thursday, December 13, 2012

✿ Jom Holiday! ✿

Salam. Korang selalu pegi holiday? Aku ni memang suka gila pegi holiday. Dari kecik sampai la sekarang. So entry kali ni aku nak share la ape preparation yang biasa aku buat before pegi holiday..

Dalam Malaysia
  • RESEARCH tempat yang korang nak pegi tu.
  •  
  • Bawak barang yang PERLU SAHAJA especially IC dan DUIT lebih! 
  • If naik kenderaan sendiri, make sure kenderaan korang tu dah servis, minyak full tank, nilai dalam kad ‘touch and go’ korang mencukupi dan  GPS or map sebab takut nanti korang tersesat ye.
  • If korang stay dekat hotel or mana-mana jela, aku syorkan korang BOOKING awal-awal sebab takut full.

Luar Malaysia
  • RESEARCH tempat yang korang nak pegi tu terutamanya if korang nak travel sendiri tanpa gune khidmat travel agent macam cuaca, transport, tempat makan yang halal bagi yang Islam dan lain-lain.
  •  
  • Buat PASSPORT dulu. If nak tahu camne nak buat, kelik sini Admin Comel! If dah buat, make sure expired date passport korang JANGAN KURANG 6 BULAN. If kurang nanti banyak pulak problems.
  • BOOKING flight ticket awal-awal..
  •  
  • Bawak barang yang PERLU SAHAJA especially PASSPORT, DUIT lebih and FLIGHT TICKET.
  •  
  • TUKAR duit Malaysia ke duit negara yang korang nak pegi tu awal-awal ye sebab dekat sana korang tak tahu lagi dekat mana port money changer kan. 
  • If korang nak bawak handfon, make sure ACTIVEKAN ROAMING or beli je sim card dekat sana. For more info, pegi tanya dekat center nombor yang korang nak gune tu.
  •  
  • Sediakan INTERNATIONAL PLUG macam gambar dekat bawah ni sebab plug overseas tak sama dengan plug Malaysia ni. Korang bole carik dekat giant, tesco, econsave or mana-mana kedai yang jual plug. Harga paling mahal yang aku pernah nampak RM35 sebab dia sekali ade 2 USB port.
Gambar ini disonglap dari google.
  • Bawak cikit UBAT asas macam pcm, ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk sebab takut badan korang tak sesuai ngan ubat dekat sana. Lain tempat lain ubatnya kannn.

Ok tips. If korang tak biasa dekat tempat tu, sila gunakan khidmat travel agent sebab semua diorang akan uruskan tapi budget korang kena lebihkan sikit lah. If korang guna smart fon, donlod application yang bole senangkan korang nak holiday tu nanti macam gps, waktu solat dan arah kiblat. Hope entry aku ni dapat membantu korang and hepi holiday uols! Kbaii.

Wednesday, December 12, 2012

✿ Asam Pedas Johor ✿

Salam. Korang pernah rase asam pedas tak? Biasenye asam pedas ni peymes kat negeri Melaka. Pedas dia memang kaw kaw lah wehh. Tapi entry kali ni aku nak share lah cara-cara nak masak asam pedas ala-ala negeri Johor, tempat aku dibesarkan ni.

Ni bahan-bahan yang diperlukan ye.

Cara-cara nak masak :
1.      Blend bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia. Sape suke pedas, tambah lagi lah cili kering tu ye.

2.     Tumis kesemua bahan yang diblend tadi dalam periuk sampai naik bau.

3.     Masukkan air asam dan daun kesum ke dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih.

4.     Masukkan ayam atau ikan ke dalam periuk dan tunggu lagi sehingga medidih. Untuk korang yang pencinta ikan, pelbagai jenis ikan yang korang bole guna. Contoh yang peymes : ikan sembilang, ikan pari, ikan duri dan ikan mayong.

5.     Lastly, masukkan bendi, garam, gula or secubit rasa dan tunggu dan tunggu lagi sehingga mendidih. Siap! Ok jap. Selain bendi, korang bole gune sayur lain gak macam tomato dan terung.

 
Incik google bagi gambar ni.

Setiap orang lain cara masaknye and ni cara mama aku masak. Mama biasenye if masak mende ni, dia akan gune ayam sebab aku bukan pencinta ikan especially ikan pari. Aku anti ngan ikan ni. Ok full stop!
Ni aku nak share tips pulak. Untuk korang yang freshie cam aku ni, if korang masak gune ikan, lepas basuh ikan tu bersih-bersih, rendam dulu dalam air asam or limau biar hilang bau hanyir.

So, sape yang nak try masak tu selamat memasak lah ye. Kbaii.

Tuesday, December 11, 2012

✿ Passport ✿

Salam. Pehhhh lama gila tak update blog ni. Last entry april 2012 kot. So entry kali ni aku nak share cerita tentang  PASSPORT. As we know, passport sangat la penting bukan saje untuk ke Lombok malah ke semua negara lain. So, meh aku share procedure nak buat mende ni...

 
  • Korang kena tahu pejabat imigresen yang korang nak pergi. Aku buat kat Pejabat Imigresen Muar. Pegawai diorang mesra plus hensem! Mesti dapat diskaun la if renew nanti. lalala..
  • Make sure korang bawak dokumen yang diperlukan :
     A.    2 KEPING gambar berukuran passport yang belakang biru tu.
     B.     KAD PENGENALAN.
     C.     DUIT – RM100 untuk 1 TAHUN. RM300 untuk 5 TAHUN.
  • Sampai kat pejabat imigresen tu, korang serahkan dokumen and nanti diorang bagi nombor.
  • Nanti bila nombor korang dipanggil, diorang akan tanye nak buat passport bape tahun then cek tinggi. Haa jap nak bagi tahu ni. Ehemm..tinggi aku tak berubah dari sekolah dulu. Haihhh.
  • Pastu duduk jap tunggu diorang panggil lagi untuk buat pembayaran.
  • Pastu tunggu dan tunggu lagi sampai passport korang siap. Nanti diorang panggil and bagi passport korang tu. ok dah bole balik!
Ni gambar passport meoww dari google ye anak-anak.
Mesti korang nak tahu kan lama ke dak mende ni. Actually 1 JAM je BUT if ramai, amek berjam-jam gak la. For more info, kelik ni Admin Comel!
Ok nak sambung tengok Istanbul Aku Datang. XOXO. Cehh cam Lisa Surihani aka Dian kan kan kan. Kbaiii.