Tuesday, June 25, 2013

✿ Steamboat oh Steamboat ✿

Salam. Entry kali ni aku nak share tentang tempat makan berstailkan steamboat. Bukan steamboat yang peymes-peymes macam Seoul Garden tu ye. Just yang biasa tapi sedap, menu pelbagai and and and yang paling penting murah! Kepada fans steamboat, korang boleh lah try nanti ye. Steamboat yang aku pegi ni nama dia Steamboat Antarabangsa.

Steamboat Antarabangsa ni ada 2 cawangan. 1 dekat Bandar Baru Bangi and 1 dekat Klang. Aku pegi yang dekat Klang (Harbour Place Mall). Pilihan menu sangat banyak and korang memang akan puas hati sebab berbaloi ngan harga dia iaitu rm27.00 untuk dewasa and rm14.00 untuk kanak-kanak. Haaa murah kan kan! Dalam banyak-banyak menu dia, aku paling suka ice cream dia. Sedappp wehhh!

Haaa 1 lagi steamboat aku nak share ni time aku pegi Tanjong Malim hari tu. Nama tempat dia Steamboat Kalumpang. Menu pelbagai jugak and harga pun sangat-sangat berbaloi iaitu rm20.00 seorang. Haaa lagi murahkan! Seriously, tak rugi korang try. Sedappp and sangat mengenyangkan!

For more info tentang Steamboat Antarabangsa kelik link ni, Admin Comel! Jangan lupa try tau! kbaii

No comments: