Thursday, June 27, 2013

✿ Water Birth ✿

Salam. Tadi time aku belek-belek fesbuk, tetiba aku tertarik nak tengok satu video ni.  Video ni tentang hubby and wifey yang pilih kaedah water birth untuk lahirkan baby diorang. Seriously awesome! So entry kali ni aku nak share beberapa info tentang water birth ni yang aku dapat dari internet.

Water birth atau dikenali as kelahiran dalam air ni agak kurang popular sebab ramai yang rasa cara bersalin dalam air ni bole buat baby lemas. Korang kenal Dr Halina Mohd Yunos iaitu wifey kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor tu? Haaa Dr Halina ni antara salah seorang ibu yang try water birth ni untuk delivered first baby diorang yang seberat 3.6 kilogram dan dinamakan as Sophea Isabella. Dr Halina mengambil masa lebih kurang 18 jam untuk delivered baby dia yang comel tu dekat Hospital Pantai Bangsar. Dr Halina pilih water birth ni sebab kurang sakit selain lebih semula jadi.

Ok now sejarah tentang water birth ni pulak.  Start pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan water birth. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer telah try kaedah water birth ni untuk membiasakan baby yang before ni berada dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan baby yang dilahirkan dalam air. Pada penghujung tahun 1990, di Pusat Bersalin Odent, Pithivier, ribuan future ibu-ibu telah memilih untuk try kaedah water birth ni dan sejak itu, kaedah water birth ni di start digemari.

Next, kita cerita tentang prosedur persalinan water birth pulak. Ia dilakukan dalam sebuah kolam plastik berisi air hangat yang telah disterilkan terlebih dahulu. Suhu air disesuaikan mendekati suhu perut ibu dalam 37°c agar baby tak terkejut time keluar nanti. Proses persalinan water birth memerlukan waktu lebih kurang 1-2 jam, jauh lebih cepat dibandingkan proses normal birth kan. Dalam proses water birth ni, ibu akan lebih fleksibel dalam bergerak dan saat berkontraksi. Dengan posisi yang selesa dan nyaman, proses persalinan akan lebih mudah dilakukan. Then, condition ibu pulak mestilah sihat, tak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika nak deliver tu. Plus, hubby pun bole join sama dekat dalam kolam untuk memberi sokongan kepada wifey diorang. Best kan kan kan. Alaaa suka lahhh!

Kebanyakkan orang bila cerita je tentang water birth ni, mesti fikir baby akan lemas dalam air selepas dilahirkan. Tanggapan tersebut salah ye kawan-kawan sebab baby yang baru dilahirkan tak akan bernafas untuk beberapa saat. Time tu baby pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor. Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut sebab darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Ni antara kelebihan water birth :

For ibu :
♡ Mengurangi rasa sakit
♡ Memberikan kenyamanan dan lebih rileks
♡ Lebih bebas bergerak
♡ Mengurangi robekan pada jalan lahir

For baby :
♡ Mengurangi risiko trauma dan cedera pada kepala bayi
♡ Kulit bayi lebih bersih
♡ Mengurangi risiko bayi keracunan air kutuban

Extra info :

Tidak ada peningkatan kepada risiko jangkitan, malahan baby yang dilahirkan by water birth ni dapat lebih perlindungan terhadap “aspiration pneumonia”. Baby yang dilahirkan tak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Jadi ada kes di mana apabila baby dilahirkan, dia terus menyedut udara dengan kuat menyebabkan sisa-sisa amniotic fluid dan kotoran lain yang  disedut oleh baby menyebabkan terjadinya aspiration pneumonia. But water birth ni, membolehkan bidan membersihkan muka baby terlebih dahulu before mengangkatnya keluar, sekaligus mengurangkan risiko aspiration pneumonia. So tak timbul persoalan “baby lemas di dalam air”. Plus, ibu yang first time deliver baby diorang dalam air memerlukan masa yang lebih singkat. Maybe air tu menenangkan fikiran yang cemas, atau mungkin menyegarkan badan yang penat, tak tau lah just yang pastinya proses water birth lebih singkat and kurangnya keperluan pada episiotomy. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch. Majoriti ibu yang pilih water birth ni tak perlukan painkiller. Hanya 5% je yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural.

Menurut artikel dari Utusan, antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan water birth ni adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini. Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar iaitu Dr. Choong Kuo Hsiang berkata di Malaysia, kaedah ini tak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini.”

Macam best kannnn. Seriously, if tiba masa aku nak jadi ibu nanti, perasaan nak try water birth ni memang ada. Weehuuuuu. So, ni lah gambar and info yang aku dapat dari internet tentang water birth. Bukan main panjang lagi kan. Kbaii

No comments: